Syarat Komunikasi Yahoo

  1. PENERIMAAN TERMA
    1. Selamat datang ke Yahoo. Yahoo menyediakan produk mel dan pemesejan, seperti Yahoo Mail dan Yahoo Messenger (“Perkhidmatan”), kesemuanya tertakluk pada terma dan syarat dalam Syarat Perkhidmatan Tambahan (“ATOS”) ini dan Syarat Perkhidmatan Universal Yahoo (“UTOS”) berkenaan dalam Seksyen 10, yang digabungkan dengan rujukan ke dalam ATOS ini. Dalam ATOS ini, “Yahoo” atau Syarikat Yahoo Yang Berkenaan bermaksud syarikat Yahoo yang menyediakan Perkhidmatan kepada anda seperti yang dihuraikan dalam Seksyen 10. Penggunaan Perkhidmatan oleh anda bermaksud anda menerima dan tertakluk pada ATOS ini dan undang-undang yang ditetapkan oleh Syarikat Yahoo Yang Berkenaan dalam Seksyen 10. ATOS ini mungkin dikemas kini oleh Yahoo dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis yang berasingan kepada anda. Ayat sebelum ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10. Anda boleh menyemak semula versi ATOS dan UTOS yang terkini ini dengan mengklik pautan yang berkenaan dalam Seksyen 10.
    2. Sistem automatik Yahoo mengimbas dan menganalisis semua kandungan komunikasi keluar masuk yang dihantar dan diterima dari akaun anda (seperti kandungan Mel dan Messenger, termasuk mesej segera dan mesej SMS) termasuk yang disimpan dalam akaun anda untuk menyediakan ciri dan kandungan produk yang berkaitan secara peribadi, memadankan dan menyediakan pengiklanan sasaran dan untuk pengesanan spam dan perisian hasad serta perlindungan daripada penyalahgunaan, secara tanpa had. Dengan mengimbas dan menganalisis kandungan komunikasi sedemikian, Yahoo mengumpulkan dan menyimpan data tersebut. Kecuali dinyatakan sebaliknya dengan nyata, anda tidak dibenarkan menarik diri daripada ciri ini. Sekiranya anda memberi kebenaran kepada ATOS dan berkomunikasi dengan bukan pengguna Yahoo menggunakan Perkhidmatan ini, anda bertanggungjawab memaklumi pengguna itu mengenai ciri ini.
    3. Dengan mengakses, menggunakan dan meneruskan penggunaan Perkhidmatan, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda dibenarkan untuk berbuat demikian di bawah undang-undang yang dikenakan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menggunakan Perkhidmatan menurut sebarang dan semua undang-undang yang dikenakan. Sekiranya anda berada dalam suatu bidang kuasa yang melarang atau mengehadkan muat turun atau penggunaan Perkhidmatan, atau jika anda berusia kurang daripada usia sah berkenaan yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan, klik “batal” dan jangan memuat turun atau menggunakan Perkhidmatan. Kecuali dinyatakan sebaliknya dengan jelas, sebarang ciri baru yang menambah atau meningkatkan Perkhidmatan yang sedia ada akan tertakluk pada ATOS ini, yang anda persetujui dengan meneruskan penggunaan Perkhidmatan. Ayat sebelum ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10.
  2. PERIHALAN DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN
    1. Penggunaan Perisian. Seperti yang diperlukan, anda boleh memasang atau memuat turun dan menggunakan perisian dalam Perkhidmatan termasuk sebarang perisian pihak ketiga dan sebarang kemas kini yang dibenarkan oleh Yahoo ("Perisian") dalam bentuk kod objek pada komputer peribadi atau peranti yang anda miliki atau kawal bagi kegunaan peribadi anda sendiri dan bukan bagi kegunaan komersial. Anda hanya dibenarkan untuk mengakses Perkhidmatan melalui Perisian tersebut mengikut kebenaran khusus yang diberikan dalam ATOS ini. Perkhidmatan dan komponennya mengandungi perisian yang dilesenkan daripada pemberi lesen Yahoo ("Perisian Pemberi Lesen"). Perisian Pemberi Lesen membolehkan Perisian Yahoo melakukan beberapa fungsi tertentu termasuk, tanpa had, mengakses data proprietari pada pelayan data pihak ketiga. Lesen anda untuk Perisian ini berlanjutan sehingga ditamatkan oleh salah satu pihak. Anda boleh menamatkan lesen anda untuk Perisian ini dengan menamatkan penggunaan dan menghapuskan semua salinan Perisian. Selain itu, lesen Perisian ini tamat jika anda melanggar sebarang syarat ATOS ini, jika Yahoo menyiarkan notis penamatan bertulis secara terbuka pada tapak web Yahoo atau jika Yahoo menghantar notis penamatan secara bertulis kepada anda. Jika lesen anda ditamatkan, anda bersetuju untuk menghentikan sebarang dan semua penggunaan Perkhidmatan, komponennya, dan sebarang data pihak ketiga. Semua hak dalam sebarang data pihak ketiga, sebarang perisian pihak ketiga dan sebarang pelayan data pihak ketiga, termasuk semua hak pemilikan, adalah terpelihara dan kekal dimiliki oleh pihak ketiga berkenaan. Anda bersetuju bahawa pihak ketiga tersebut boleh menguatkuasakan hak mereka mengikut ATOS ini terhadap anda secara langsung di atas nama mereka sendiri dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan atau pembelaan sedemikian serta semua kos yang terbabit. Jika Perkhidmatan memerlukan atau meliputi perisian yang boleh muat turun, Yahoo boleh memuat turun dan memasang versi terkini perisian secara automatik pada peranti anda sebaik sahaja versi atau ciri baharu tersedia. Sesetengah Perkhidmatan boleh membenarkan anda melaras tetapan kemas kini automatik anda. Jika terdapat perubahan bahan, Yahoo boleh memaklumkannya kepada anda selepas pemasangan.
    2. Menyimpan dan Mengakses Maklumat. Produk pemesejan Yahoo (seperti Yahoo Messenger dalam Yahoo Mail anda dan versi berasaskan web) membenarkan anda untuk melihat rakan anda dalam talian dan menghantar serta menerima mesej segera dan maklumat lain. Perkhidmatan pemesejan Yahoo juga boleh membenarkan anda dan orang yang berkomunikasi dengan anda, untuk menyimpan perbualan anda dan maklumat lain dalam akaun Yahoo Mail anda yang terletak pada pelayan Yahoo. Jika ciri ini tersedia, anda boleh mengakses dan mencari sejarah mesej anda daripada mana-mana komputer atau peranti dengan akses ke Internet. Sama ada anda menggunakan ciri ini atau tidak, pengguna lain boleh memilih untuk menggunakannya bagi menyimpan perbualan dan maklumat lain dengan anda dalam akaun mereka yang terdapat pada pelayan Yahoo. Persetujuan anda menerima ATOS ini membentuk persetujuan membenarkan Yahoo menyimpan komunikasi ini dan maklumat lain pada pelayannya untuk sandaran, keselamatan dan semua tujuan lain yang dihuraikan dalam ATOS ini. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan yang anda gunakan dan simpan berhubung dengan Perkhidmatan dan sekiranya anda mahu, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyandarkan data anda. Kecuali seperti yang dihuraikan di sini, anda mengakui dan bersetuju bahawa Syarikat Yahoo Yang Berkenaan tidak menjamin bahawa data yang dikaitkan dengan akaun anda dapat anda akses atau bahawa sebarang data yang dipadamkan, dialih keluar atau dianggap tidak dapat diakses boleh disediakan kepada anda. Ayat sebelum ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10.
    3. ATOS ini tidak memberikan anda hak, milikan atau kepentingan dalam sebarang harta intelek yang dimiliki atau dilesenkan oleh Yahoo, termasuk, tanpa had, Perkhidmatan dan tanda dagangan Yahoo.
    4. Pengiklanan. Anda memahami dan bersetuju bahawa Perkhidmatan boleh termasuk iklan dan bahawa iklan ini adalah perlu untuk Yahoo menyediakan Perkhidmatan.
    5. Komunikasi daripada Yahoo. Anda turut memahami dan bersetuju bahawa Perkhidmatan boleh menyertakan komunikasi tertentu daripada Yahoo, seperti pengumuman perkhidmatan dan mesej pentadbiran, yang anda tidak boleh dikecualikan daripada menerima komunikasi itu.
    6. Mengakses dan Menggunakan Perkhidmatan. Untuk menggunakan Perkhidmatan dan perkhidmatan serta produk dalam Perkhidmatan (untuk perkhidmatan percuma dan juga berbayar), anda mesti mendapatkan akses kepada Jaringan Sejagat, sama ada secara langsung atau melalui peranti yang mengakses kandungan berasaskan web. Anda bertanggungjawab untuk dan mesti membuat bayaran bagi sebarang bayaran perkhidmatan berkaitan dengan akses itu dan semua kos bagi sebarang peralatan yang digunakan untuk mendapatkan akses tersebut (yang mungkin termasuk bayaran pihak ketiga).
    7. Saling Kendali dengan Rangkaian Lain. Jika dibenarkan oleh Yahoo, pemesejan Yahoo boleh membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan pengguna produk pemesejan segera yang lain. Sekiranya berlaku sedemikian, anda mengakui dan bersetuju bahawa: (i) penggunaan perkhidmatan pemesejan Yahoo anda tertakluk pada ATOS ini dan terma-terma yang mentadbir penggunaan produk pemesejan segera lain yang anda telah persetujui, jika ada, adalah konsisten dengan ATOS ini; dan (ii) pengguna produk pemesejan segera lain adalah tertakluk pada terma-terma yang mentadbir produk pemesejan segera lain yang sedemikian. Yahoo tidak bertanggungjawab terhadap kelakuan orang atau entiti yang berkomunikasi dengan anda. Yahoo tidak memiliki atau mengawal kandungan sebarang mesej yang dihantar atau diterima oleh pengguna Perkhidmatan, kecuali mesej yang dihantar oleh Yahoo kepada anda.
    8. Perkhidmatan boleh membenarkan anda untuk menggunakan kaedah komunikasi yang berbeza serta menghantar dan menerima mesej, fail, foto, video dan maklumat lain, termasuk melalui Perkhidmatan, SMS, panggilan suara dan panggilan video.
    9. Penyekatan. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengakui bahawa pengguna Perkhidmatan yang lain boleh memilih untuk menerima pemberitahuan daripada Perkhidmatan apabila anda mendaftar dan boleh menghantar mesej segera dan maklumat lain kepada anda atau menelefon anda melalui Perkhidmatan. Jika anda ingin menyekat ciri pemberitahuan atau jika anda tidak ingin menerima mesej daripada pengguna sedemikian, anda mungkin mempunyai pilihan untuk mendayakan "Abai" atau ciri yang serupa secara berasingan. Keupayaan anda untuk menghantar dan menerima mesej segara dan maklumat lain boleh disekat oleh Yahoo dan pengguna lain, yang turut mengehadkan sebahagian atau sepenuh keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa Yahoo tidak bertanggungjawab untuk menilai atau menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang timbul daripada keupayaan anda atau sebarang pengguna lain (atau sebaliknya) untuk mengabaikan, menghantar mesej atau maklumat lain, atau sebaliknya menggunakan Perkhidmatan. Ayat sebelum ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10.
    10. Sokongan Yahoo. Yahoo boleh memilih untuk menyediakan sokongan pelanggan dan/atau naik taraf, peningkatan atau pengubahsuaian untuk Perkhidmatan kepada anda (secara kolektifnya, "Sokongan"), mengikut budi bicaranya semata-mata, dan boleh menamatkan Sokongan itu pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda. Anda memahami dan bersetuju bahawa apabila Yahoo memilih untuk menyediakan Sokongan kepada anda, Sokongan tersebut disediakan secara sukarela mengikut budi bicara Yahoo semata-mata dan bahawa perkara ini tidak mewujudkan sebarang hak kontraktual untuk menerima Sokongan dan bahawa anda tidak boleh bergantung pada mana-mana kenyataan atau tawaran Sokongan untuk mewujudkan hak kontraktual Sokongan.
    11. Bayaran Yahoo. Yahoo berhak mengenakan bayaran untuk kegunaan atau akses kepada Perkhidmatan atau perkhidmatan dan tapak web Yahoo yang lain pada masa hadapan, mengikut budi bicara Yahoo semata-mata. Sekiranya Yahoo memutuskan untuk mengenakan bayaran, Yahoo akan memberi pemberitahuan awal kepada anda.
  3. VERSI PERKHIDMATAN YANG BERBEZA
    Ciri berbeza boleh tersedia dalam versi Perkhidmatan yang berbeza dan tidak semua ciri boleh tersedia dalam negara atau rantau anda. Tidak semua ciri juga boleh tersedia jika pengguna yang berkomunikasi dengan anda menggunakan versi Perkhidmatan yang berbeza atau menggunakan klien perisian mesej segera yang ditawarkan oleh bukan syarikat Yahoo.
  4. AKAUN AHLI, KATA LALUAN DAN KESELAMATAN
    Sekiranya anda tidak mempunyai ID Yahoo dan kata laluan, anda akan digesa supaya melengkapkan proses pendaftaran Yahoo. Anda bersetuju bahawa Yahoo hanya menyediakan anda hak untuk mengakses akaun anda menurut ATOS ini dan peraturan serta garis panduan yang berkenaan. Sekiranya anda melanggar Seksyen 4 atau tidak dapat mengesahkan akaun anda kepada Yahoo, anda mengakui dan bersetuju bahawa akaun anda mungkin tidak dapat anda diakses selama-lamanya dan semua data yang dikaitkan dengan akaun itu mungkin tidak dapat diperoleh semula. Yahoo tidak menjamin bahawa anda akan mendapat akses yang berkekalan kepada data yang anda gunakan dengan Perkhidmatan, atau bahawa salinan disediakan kepada anda sekiranya data tersebut dipadamkan atau hilang. Yahoo menggalakkan anda menyandarkan data anda dengan betul. Yahoo mungkin turut mengenakan had pada ciri dan perkhidmatan tertentu atau menyekat akses anda kepada sebahagian atau semua Perkhidmatan, atau perkhidmatan atau tapak web Yahoo yang lain tanpa notis atau liabiliti. Ayat sebelum ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10.
  5. DASAR PRIVASI YAHOO
    Akses kepada dan penggunaan Perkhidmatan bermaksud anda menerima dan tertakluk pada Dasar Privasi Yahoo. Data pendaftaran dan maklumat anda yang lain juga tertakluk pada Dasar Privasi Yahoo. Anda boleh menyemak versi terkini Dasar Privasi Yahoo pada bila-bila masa sahaja dengan mengklik pautan Dasar Privasi di bawah Syarikat Yahoo Yang Berkenaan dalam Seksyen 10.
  6. SEKATAN PENGGUNAAN
    ANDA TIDAK BOLEH dan tidak akan membenarkan sebarang pihak ketiga (kecuali setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan) untuk:
    1. Menyalin, membuat dekompil, menterbalik atur, menterbalik himpun, menyahhimpun, mengubah suai, menyewa, memajak, meminjam, mengedar atau menghasilkan kerja terbitan (seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang tempatan yang berkenaan) terhadap Perkhidmatan atau Perisian atau cuba mencari kod sumber atau protokol dalam Perkhidmatan atau Perisian;
    2. Mendapatkan atau cuba mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada Perkhidmatan atau rangkaian Yahoo;
    3. Menggabungkan Perkhidmatan atau Perisian ini, atau sebahagiannya ke dalam sebarang perkhidmatan, perisian, perkakasan yang lain atau teknologi lain yang dicipta dan diedarkan oleh atau untuk anda;
    4. Penggunaan Perkhidmatan dalam sebarang cara dan tujuan yang menyalahi undang-undang, atau dalam sebarang cara yang tidak konsisten dengan ATOS ini atau UTOS;
    5. Menggunakan Perkhidmatan untuk mengendalikan kemudahan nuklear, bantuan hayat atau aplikasi misi kritikal dengan risiko kehilangan nyawa manusia atau harta benda (anda secara khususnya memahami bahawa Perkhidmatan tidak direka untuk tujuan sedemikian dan kegagalannya dalam keadaan itu boleh membawa kematian, kecederaan diri atau kerosakan teruk terhadap harta benda atau persekitaran dan Yahoo tidak bertanggungjawab atas perkara ini). Sila ambil perhatian bahawa ayat sebelum ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10; atau
    6. Menjual, memajak, meminjam, mengedar, memindahkan, memberi sublesen, mengeluarkan semula, menyalin, mendagangkan atau mengeksploitasikan Perkhidmatan atau akses kepadanya atau menerima pendapatan daripada penggunaan atau peruntukan Perkhidmatan, sama ada untuk keuntungan komersial atau kewangan secara langsung atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis yang jelas daripada Yahoo terlebih dahulu.
  7. PENAFIAN DAN PERALATAN
    1. Anda memahami dan bersetuju bahawa Perkhidmatan disediakan "SEBAGAIMANA ADANYA" dan Yahoo tidak bertanggungjawab terhadap kekinian, pemadaman, silap penghantaran atau kegagalan menyimpan sebarang komunikasi pengguna atau tetapan pemperibadian. Anda turut memahami bahawa Yahoo tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan atau privasi komunikasi yang dihantar melalui Perkhidmatan. Ayat sebelum ini dalam klausa ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10.
    2. Anda boleh menggunakan alat pilihan untuk mengakses Perkhidmatan (cth., peranti telefon port USB untuk mengakses ciri panggilan pc ke pc dan peranti ini mungkin mempunyai dua fungsi untuk mengakses talian tetap tradisional yang tidak disediakan oleh Yahoo).
    3. Sebarang aplikasi pemalam pihak ketiga yang anda gunakan dengan Perkhidmatan adalah milik dan tanggungjawab pembangun aplikasi pemalam itu semata-mata, dan terserah kepada anda untuk menentukan sama ada aplikasi pemalam ini atau penggunaannya adalah sah atau wajar.
    4. Sekiranya Perkhidmatan yang anda muat turun atau akses termasuk ciri antiperisian intip, perisian yang dikenal pasti sebagai "perisian intip" oleh alat ini mungkin merupakan perisian yang anda telah bersetuju untuk dimuatkan pada komputer anda menurut perjanjian berasingan dengan pihak ketiga. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi perjanjian yang anda meterai dengan pihak ketiga.
    5. Sebarang peralatan yang diperlukan atau peralatan pilihan atau aplikasi pemalam pihak ketiga yang anda gunakan untuk menggunakan, mengakses atau menambah Perkhidmatan, termasuk peranti mudah alih anda atau peranti lain, sama ada diperlukan ataupun pilihan, tertakluk pada terma, syarat, waranti dan penafian yang diberikan oleh pengilang peralatan itu atau aplikasi pemalam pihak ketiga itu dan Yahoo tidak membuat sebarang jaminan atau perwakilan berkenaan peralatan dan aplikasi pemalam pihak ketiga seperti itu. Sila rujuk kepada bahan yang anda terima semasa anda membeli peralatan itu dan semasa anda memperoleh aplikasi pemalam pihak ketiga untuk memahami hak dan tanggungjawab anda, termasuk jaminan dan penafian yang dikenakan kepada anda. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIKENAKAN, YAHOO DAN SUBSIDIARINYA, SEKUTUNYA, PEGAWAINYA, PEKERJANYA, EJENNYA, RAKAN KONGSINYA DAN PEMBERI LESENNYA MENAFIKAN DENGAN JELAS SEMUA JAMINAN, SYARAT DAN SEBARANG BENTUK TERMA LAIN, SAMA ADA YANG TERSIRAT ATAU TERSURAT, YANG BERKAITAN DENGAN PERALATAN ATAU APLIKASI PEMALAM PIHAK KETIGA ITU, TERMASUK SEBARANG TERMA DAN JAMINAN TERSIRAT TENTANG MILIKAN, KEBOLEHDAGANGAN, KUALITI YANG MEMUASKAN, KESESUAIAN DENGAN TUJUAN TERTENTU, BERKENAAN PERUNTUKAN PERKHIDMATAN PADA STANDARD KECERMATAN DAN KEMAHIRAN YANG MUNASABAH DAN BERKENAAN KETAKLANGGARAN SEBARANG HAK HARTA INTELEKTUAL. Ayat sebelum ini tidak berkaitan dengan anda jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman seperti yang diperincikan dalam Seksyen 10.
  8. MAKLUMAT AM
    Keseluruhan Perjanjian. ATOS ini dan UTOS serta semua dokumen digabungkan di dalamnya membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan Yahoo kerana ia berkaitan dengan penggunaan anda terhadap Perkhidmatan dan menggantikan sebarang versi sebelumnya bagi ATOS ini atau UTOS, jika ada, antara anda dan Yahoo berkenaan dengan Perkhidmatan. Anda juga mungkin tertakluk pada terma dan syarat tambahan yang mungkin dikenakan apabila anda menggunakan atau membeli perkhidmatan tertentu Yahoo yang lain (termasuklah perkhidmatan yang dikenakan bayaran), perkhidmatan gabungan, kandungan pihak ketiga atau perisian pihak ketiga. ATOS ini akan terus mengawal penggunaan anda dalam Perkhidmatan kecuali anda bersetuju kepada syarat lain dengan Syarikat Yahoo yang menyatakan secara khusus bahawa syarat tersebut menggantikan versi "Syarat Perkhidmatan Tambahan Komunikasi Global Yahoo" yang dipersetujui sebelum ini. Jika anda menggunakan Perkhidmatan, sekiranya konflik antara peruntukan ATOS ini dan UTOS, peruntukan ATOS hendaklah mengawal, kerana ia berkaitan dengan Perkhidmatan.
  9. PELANGGARAN
    Sila laporkan sebarang pelanggaran ATOS ini ke pautan Khidmat Pelanggan yang diberikan dalam Seksyen 10 di bawah Syarikat Yahoo Yang Berkenaan.
  10. PIHAK BERKONTRAK, PILIHAN UNDANG-UNDANG DAN LOKASI UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN DAN PERUNTUKAN RANTAU TEMPATAN LAIN
    ATOS ini adalah antara anda dan Syarikat Yahoo Yang Berkenaan. Dalam subseksyen di bawah, temui Perkhidmatan Yahoo yang anda guna dan dalam subseksyen tersebut, anda akan menemui Syarikat Yahoo Berkenaan yang anda berkontrak untuk Perkhidmatan, pilihan undang-undang, lokasi untuk menyelesaikan pertikaian dengan Syarikat Yahoo Berkenaan dan peruntukan penting yang lain. Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan pemesejan Yahoo, termasuk Yahoo Messenger, boleh terikat dengan akaun Yahoo Mail anda. Jika anda tidak mempunyai akaun Yahoo Mail, anda tertakluk pada versi UTOS semasa untuk rantau/negara berkenaan dari mana anda telah mendaftar akaun anda secara awal. Jika anda tidak ingat Perkhidmatan Yahoo yang anda guna, sila hubungi khidmat pelanggan.

KAWASAN:

Amerika.

  1. Amerika Syarikat (as): Jika anda menggunakan Perkhidmatan A.S., anda sedang berkontrak dengan Yahoo! Inc., 701 First Avenue, Sunnyvale, CA 94089, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang substantif bagi State of California mentadbir interpretasi ATOS ini dan digunakan pada semua tuntutan yang berkaitan dengannya, tanpa mengira konflik prinsip undang-undang. Anda dan Yahoo! Inc. bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah negeri di Santa Clara County, California atau di Mahkamah Persekutuan yang terletak di Daerah Utara California, Amerika Syarikat untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Jika berkenaan, semua Perisian yang disediakan untuk Kerajaan A.S. selaras dengan permintaan yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Disember 1995, disediakan dengan hak komersial dan sekatan seperti yang dihuraikan di dalam ini. Sekiranya Perkhidmatan dan dokumentasi berkaitan disediakan kepada atau dibeli oleh atau bagi pihak Kerajaan Amerika Syarikat, jika berkenaan, maka Perkhidmatan dianggap "perisian komersial", kerana istilah itu digunakan dalam sistem Peraturan Pemerolehan Persekutuan. Hak Amerika Syarikat tidak seharusnya melebihi hak minimum yang dijelaskan dalam FAR 52.227-19 untuk "perisian komputer terhad". Semua terma dan syarat lain dalam ATOS ini dikenakan. Anda bersetuju untuk tidak menyediakan sokongan material atau sumber (atau untuk menyembunyikan sifat, lokasi, sumber, atau pemilikan sokongan material atau sumber) kepada sebarang organisasi yang ditentukan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai organisasi pengganas asing menurut seksyen 219 Akta Imigresen dan Kewarganegaraan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/en/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html. Untuk Yahoo En Español ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/es/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/us/en/yahoo/terms/utos/index.html. Untuk Yahoo En Español UTOS: https://policies.yahoo.com/us/es/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/us/en/yahoo/privacy/index.html. Untuk Dasar Privasi Yahoo En Español: https://policies.yahoo.com/us/es/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: Khidmat Pelanggan Untuk Yahoo en Español: espanol-abuse@yahoo-inc.com.
  2. Kanada (ca): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Kanada, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! Canada Co., 207 Queen's Quay West, Suite 801, Toronto, ON, M5J 1A7 bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Kanada mentadbir interpretasi ATOS ini, termasuk pelanggarannya, tanpa mengira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai kepada semua tuntutan lain, termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo Kanada bersetuju secara tidak boleh batal dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah terletak dalam wilayah Ontario, Kanada untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan ATOS ini atau timbul mahupun berkaitan dengan hubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan.

    Data Peribadi Rakan Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju bahawa anda telah mendapat persetujuan penerima mesej untuk memberikan maklumat peribadi mereka (contohnya: alamat e-mel atau nombor telefon mereka) kepada Yahoo dan Yahoo boleh menggunakan nama anda untuk menghantar mesej bagi pihak anda bagi menjadikan Perkhidmatan tersedia kepada penerima mesej anda. Perkhidmatan tidak boleh digunakan untuk sebarang bentuk spam.

    Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/en/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/ca/en/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/ca/en/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: https://ca.help.yahoo.com/kb/helpcentral.
  3. Brasil (br): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Brazil, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! do Brasil Internet Ltda. (Yahoo Brazil), R. Fidencio Ramos, 195 - 12o andar, Sao Paulo/SP, 04551-010, Brazil, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Republik Persekutuan Brazil mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo Brazil bersetuju secara tidak boleh batal dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat Republik Persekutuan Brazil untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan ATOS ini atau timbul mahupun berkaitan dengan hubungan antara anda dan Yahoo Brazil tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Untuk pengguna Yahoo Brasil, sekatan hak pengguna, sekatan liabiliti dan kesahan ATOS ini dikenakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Brazil. Yahoo Brasil berhak menyelesaikan konflik atau percanggahan yang tidak dapat dielakkan berdasarkan UTOS dan undang-undang Brazil semata-mata. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/br/pt/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/br/pt/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/br/pt/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: https://br.ajuda.yahoo.com/kb/helpcentral.
  4. Argentina (ar): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Argentina, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! de Argentina SRL, Av. Congreso 1685 - 2do.Piso, Cdad, Aut. de Buenos Aires, C1428BUC, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Republik Argentina mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo de Argentina bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat Republik Argentina untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/es/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/ar/es/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/ar/es/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: ar-abuse@yahoo-inc.com
  5. Mexico (mx): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Mexico, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! de Mexico S.A. de C.V., Av Paseo de las Palmas 330, Piso 2, Lomas de Chapultepec, Mexico City, 11000, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Negara Mexico Bersatu mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo de Mexico bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat United Mexican States untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/es/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/mx/es/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/mx/es/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: mx-abuse@yahoo-inc.com.
  6. Chile (cl), Peru (pe) dan Venezuela (ve): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Venezuela, Peru atau Chile, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! Hispanic Americas, LLC, One Alhambra Plaza, 8th Floor, Coral Gables, FL 33134, U.S.A, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang State of Florida mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo Hispanic Americas bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah Miami-Dade County untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan.

KAWASAN:

Eropah.

  1. United Kingdom (uk), Sepanyol (es), Itali (it) dan Perancis (fr): Jika anda menggunakan Perkhidmatan UK (uk), Sepanyol (es), Itali (it) atau Perancis (fr), anda sedang berkontrak dengan Yahoo! EMEA Limited (YEL), 5-7 Point Village, North Wall Quay, Dublin 1, Ireland bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Ireland mentadbir ATOS ini dan sebarang tanggungjawab bukan kontraktual yang timbul daripadanya. Anda dan YEL bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah Ireland untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini, sebarang kewajipan bukan kontraktual yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau sebarang tuntutan atau pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan YEL tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah.
  2. Jerman (de): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Jerman (de), anda sedang berkontrak dengan Yahoo! EMEA Limited (YEL), 5-7 Point Village, North Wall Quay, Dublin 1, Ireland bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan hubungan kontraktual anda termasuk ATOS ini akan ditadbir oleh undang-undang Ireland. Jika anda mempunyai kediaman kelaziman di Jerman, pilihan undang-undang ini tidak menyekat penggunaan undang-undang perlindungan pengguna Jerman. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/de/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/ie/de/yahoo/terms/utos/index.html
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/ie/de/yahoo/privacy/index.html/
    4. Khidmat Pelanggan: https://de.hilfe.yahoo.com/kb/helpcentral
  3. Ireland (ie), Denmark (dk), Finland (fi), Norway (no), Romania (ro), Belanda (nl), Sweden (se), Turki (tr), Rusia (ru), Poland (pl), Belgium (be), Republik Czechoslovakia (cz), Hungary (hu), Portugal (xp), Austria (at), Bulgaria (bg), Croatia (hr), Estonia (ee), Latvia (lv), Lithuania (lt), Serbia (rs), Slovakia (sk), Slovenia (si), Ukraine (ua) atau Greece (gr): Jika anda menggunakan sebarang Perkhidmatan berikut: Ireland (ie), Denmark (dk), Finland (fi), Norway (no), Romania (ro), Belanda (nl), Sweden (se), Turki (tr), Rusia (ru), Poland (pl), Belgium (be), Republik Czechoslovakia (cz), Hungary (hu), Portugal (xp), Austria (at), Bulgaria (bg), Croatia (hr), Estonia (ee), Latvia (lv), Lithuania (lt), Serbia (rs), Slovakia (sk), Slovenia (si), Ukraine (ua) atau Greece (gr), anda sedang berkontrak dengan Yahoo! EMEA Limited (YEL), 5-7 Point Village, North Wall Quay, Dublin 1, Ireland bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Ireland mentadbir ATOS ini dan sebarang tanggungjawab bukan kontraktual yang timbul daripadanya. Anda dan YEL bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah Ireland untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini, sebarang kewajipan bukan kontraktual yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau sebarang tuntutan atau pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan YEL tanpa mengambil kira jenis tuntutan.

    Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah.

KAWASAN:

Asia Pasifik.

  1. Hong Kong (hk): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Hong Kong, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! Hong Kong Limited, of 15/f Caroline Centre, 28 Yun Ping Road, Causeway Bay, Hong Kong, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Hong Kong mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan lain, termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo Hong Kong bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat Hong Kong untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/zh-hant/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/hk/zh-hant/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/hk/zh-hant/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: https://help.cc.hk.yahoo.com/.
  2. Singapura (sg), Indonesia (id), Malaysia (my), Filipina (ph), Thailand (th) atau Vietnam (vn): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Singapura (sg), Indonesia (id), Malaysia (my), Filipina (ph) atau Vietnam (vn), anda sedang berkontrak dengan Yahoo! Asia Pacific Pte. Ltd. 60 Anson Road, #13-01 Mapletree Anson, Singapore 079914, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Singapura mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo! Asia Pacific Pte. Ltd. bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat Mahkamah Singapura untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan menggunakan pautan yang diberikan.
    1. ATOS:
    2. UTOS:
    3. Dasar Privasi:
    4. Khidmat Pelanggan:
  3. Australia (au): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Australia, anda sedang berkontrak dengan Yahoo7 Pty Ltd, Levels 2 & 3, Pier 8/9, 23 Hickson Road, Millers Point NSW 2000, Australia, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang New South Wales mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo7 Pty Ltd bersetuju secara tidak boleh batal dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah New South Wales untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan ATOS ini atau timbul mahupun berkaitan dengan hubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/en/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/au/en/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/au/en/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: https://help.yahoo.com/l/au/yahoo7/abuse/general.html.
  4. New Zealand (nz): Jika anda menggunakan Perkhidmatan New Zealand, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! New Zealand Limited, Level 2, Heards Building, 2 Ruskin Street Parnell Auckland 1052 New Zealand, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang New Zealand mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo New Zealand bersetuju secara tidak boleh batal dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah di New Zealand untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan ATOS ini atau timbul mahupun berkaitan dengan hubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/en/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/nz/en/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/nz/en/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: https://au.help.yahoo.com/kb/helpcentral.
  5. Taiwan (tw): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Taiwan, anda sedang berkontrak dengan Yahoo Taiwan Holdings Limited, Cawangan Taiwan di 14F, No.66 Sanchong Rd, Nangang District, Taipei, 115, Taiwan dan Yahoo Taiwan Holdings Limited, Cawangan Taiwan bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Taiwan mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo Taiwan Holdings Limited, Cawangan Taiwan bersetuju secara tidak boleh batal dengan bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah terletak di Taipei, Taiwan, R.O.C. untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan ATOS ini atau timbul mahupun berkaitan dengan hubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/zh-hant/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/tw/zh-hant/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/tw/zh-hant/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: https://tw.help.cc.yahoo.com/.
  6. India (in): Jika anda menggunakan Perkhidmatan India, anda sedang berkontrak dengan Yahoo India Private Limited, Unit No. 1261, 6th floor, Building No.12, Solitaire Corporate Park, No. 167, Guru Hargovindji Marg, (Andheri-Ghatkopar Link Road), Andheri (East), Mumbai - 400 093, India, bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang India mentadbir bukan sahaja interpretasi ATOS ini dan terpakai pada tuntutan untuk pelanggarannya, tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang, tetapi juga terpakai pada semua tuntutan; termasuk tuntutan berkenaan undang-undang perlindungan pengguna, undang-undang persaingan tidak adil dan salah laku. Anda dan Yahoo India bersetuju secara tidak boleh batal dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah kompeten di Mumbai untuk semua pertikaian yang timbul atau berkaitan dengan ATOS ini atau timbul mahupun berkaitan dengan hubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/en/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/in/en/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/in/en/yahoo/privacy/index.html.
    4. Khidmat Pelanggan: https://help.yahoo.com/l/in/yahoo/helpcentral/.
    5. Ciri tertentu mungkin tidak tersedia kepada pengguna di IN termasuk panggilan PC ke telefon dan panggilan internet yang lain.

KAWASAN:

Timur Tengah dan Afrika Utara.

  1. Perkhidmatan Yahoo Maktoob (xe atau xa) dan Israel (il). Jika anda menggunakan sama ada Perkhidmatan Maktoob (xe atau xa) atau Israel (il), anda sedang berkontrak dengan Yahoo! Inc., 701 First Avenue, Sunnyvale, CA 94089 bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang substantif bagi State of California mentadbir interpretasi ATOS ini dan digunakan pada semua tuntutan yang berkaitan dengannya, tanpa mengira konflik prinsip undang-undang. Anda dan Yahoo! Inc. bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah negeri di Santa Clara County, California atau di Mahkamah Persekutuan yang terletak di Daerah Utara California, Amerika Syarikat untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan Yahoo tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Jika berkenaan, semua Perisian yang disediakan untuk Kerajaan A.S. selaras dengan permintaan yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Disember 1995, disediakan dengan hak komersial dan sekatan seperti yang dihuraikan di dalam ini. Sekiranya Perkhidmatan dan dokumentasi berkaitan disediakan kepada atau dibeli oleh atau bagi pihak Kerajaan Amerika Syarikat, jika berkenaan, maka Perkhidmatan dianggap "perisian komersial", kerana istilah itu digunakan dalam sistem Peraturan Pemerolehan Persekutuan. Hak Amerika Syarikat tidak seharusnya melebihi hak minimum yang dijelaskan dalam FAR 52.227-19 untuk "perisian komputer terhad". Semua terma dan syarat lain dalam ATOS ini dikenakan. Anda bersetuju untuk tidak menyediakan sokongan material atau sumber (atau untuk menyembunyikan sifat, lokasi, sumber, atau pemilikan sokongan material atau sumber) kepada sebarang organisasi yang ditentukan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai organisasi pengganas asing menurut seksyen 219 Akta Imigresen dan Kewarganegaraan.
    Jika anda telah mendaftar untuk perkhidmatan Yahoo Maktoob dalam bahasa Inggeris, anda boleh menyemak semula versi terkini bagi ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan di bawah juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/en/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/xa/en/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/xa/en/yahoo/privacy/index.html
    4. Khidmat Pelanggan: https://en-maktoob.help.yahoo.com/kb/helpcentral/

    Ciri tertentu mungkin tidak tersedia kepada anda, termasuk panggilan PC ke telefon dan panggilan internet yang lain.

    Jika anda telah mendaftar untuk perkhidmatan Yahoo Maktoob dalam bahasa Arab, anda boleh menyemak semula versi terkini bagi ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa dengan melawat Pusat Terma Perkhidmatan Arab Yahoo Maktoob pada pautan yang diberikan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan di bawah juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/ar/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/xa/ar/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/xa/ar/yahoo/privacy/index.html
    4. Khidmat Pelanggan: https://en-maktoob.help.yahoo.com/kb/helpcentral/

    Ciri tertentu mungkin tidak tersedia kepada anda, termasuk panggilan PC ke telefon dan panggilan internet yang lain.

    Jika anda menggunakan Perkhidmatan Israel, anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah. Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan dengan menggunakan pautan yang disediakan di bawah juga.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/he/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/us/he/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/us/he/yahoo/privacy/index.html.
  2. Afrika Selatan (za): Jika anda menggunakan Perkhidmatan Afrika Selatan, anda sedang berkontrak dengan Yahoo! EMEA Limited (YEL), 5-7 Point Village, North Wall Quay, Dublin 1, Ireland bagi menyediakan anda dengan Perkhidmatan dan undang-undang Ireland mentadbir ATOS ini dan sebarang tanggungjawab bukan kontraktual yang timbul daripadanya. Anda dan YEL bersetuju secara muktamad terhadap bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah Ireland untuk menyelesaikan semua pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini, sebarang kewajipan bukan kontraktual yang timbul daripada atau berhubung dengan ATOS ini atau sebarang tuntutan atau pertikaian yang timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan antara anda dan YEL tanpa mengambil kira jenis tuntutan. Anda boleh menyemak semula versi terkini ATOS ini, UTOS dan Dasar Privasi pada bila-bila masa pada pautan di bawah.
    1. ATOS: https://policies.yahoo.com/xw/en/yahoo/terms/product-atos/comms/index.html.
    2. UTOS: https://policies.yahoo.com/ie/en/yahoo/terms/utos/index.html.
    3. Dasar Privasi: https://policies.yahoo.com/ie/en/yahoo/privacy/index.html.