Pihak Ketiga di Yahoo

Syarikat pihak ketiga berikut mungkin menggunakan kuki, suar web, aplikasi (atau "widget"), kit pembangunan perisian ("SDK") dan teknologi yang serupa di laman dan aplikasi Yahoo. Selain itu, Yahoo mungkin berkongsi maklumat yang tidak dapat mengenal pasti diri, termasuk maklumat demografi memakai nama samaran, tentang anda dengan rakan kongsi bagi peningkatan produk, penyelidikan dan analisis serta untuk membantu mereka menyediakan pengalaman yang lebih relevan kepada anda.

Yahoo berhasrat menyampaikan pengalaman pengguna yang paling menarik untuk memenuhi keperluan pengguna kami dan menyemak syarikat yang disenaraikan di bawah secara berkala. Sila kembali secara kerap untuk mendapatkan kemas kini tentang dasar pihak ketiga.

Rakan kongsi analitis

Yahoo mungkin membenarkan rakan kongsi tertentu menyertakan suar web dalam halaman di rangkaian tapak Yahoo atau SDK rakan kongsi mungkin dimasukkan dalam apl mudah alih kami. Yahoo mungkin turut berkongsi sebahagian data fail, termasuk alamat IP, dengan rakan kongsi ini untuk tujuan analitis. Sekiranya alamat IP anda dikongsi, maklumat ini mungkin digunakan untuk menganggarkan lokasi umum dan teknografi lain seperti kelajuan sambungan, sama ada anda telah melawati Yahoo di lokasi yang dikongsi dan jenis peranti yang digunakan untuk melawati Yahoo. Rakan kongsi ini mengagregatkan maklumat tentang pengiklanan kami dan perkara yang anda lihat di Yahoo untuk menyediakan pengauditan, penyelidikan dan pelaporan kepada kami dan pengiklan kami. Yahoo membenarkan suar web dan SDK daripada rakan kongsi berikut serta berkongsi data fail log dengan mereka:

Kami tidak berkongsi maklumat yang dapat mengenal pasti diri anda daripada akaun Yahoo dengan pengiklan atau rakan kongsi kami sebagai sebahagian daripada program analitis kami. Namun, kami mungkin berkongsi maklumat memakai nama samaran - termasuk maklumat demografi - dengan pengiklan atau rakan kongsi kami.

*Nielsen akan berkongsi maklumat tentang iklan yang anda lihat dengan Facebook dalam bentuk terlindung. Jika anda menggunakan Facebook setelah mengelog masuk, Facebook akan menambahkan usia dan jantina anda pada butiran paparan iklan anda. Facebook akan mengagregatkan maklumat yang digabungkan itu dan mengongsikannya dengan Nielsen untuk pelaporan keberkesanan iklan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan privasi Nielsen dan menarik diri daripada perkongsian, klik di sini.

Butang Sosial, Aplikasi dan Widget

Anda boleh melaksanakan aplikasi atau “widget” daripada pihak ketiga pada sesetengah tapak dan apl kami yang membenarkan interaksi atau perkongsian kandungan oleh pengguna Yahoo. Widget ini kelihatan kepada anda pada halaman yang anda lawati. Rangkaian yang menyediakan widget mungkin menawarkan kawalan untuk anda mengurus penampilan dan fungsi widget itu. Interaksi anda dengan widget biasanya membenarkan pihak ketiga mengumpulkan sedikit maklumat tentang anda melalui kuki penyemak imbas web pihak ketiga atau maklumat pendaftarannya. Dalam sesetengah keadaan, pihak ketiga mungkin mengenali anda melalui widget dan kukinya, meskipun apabila anda tidak berinteraksi dengan widget. Selain itu, pihak ketiga mungkin mengumpulkan alamat IP, maklumat pengepala halaman dan maklumat penyemak imbas anda. Yahoo membenarkan butang sosial, aplikasi dan widget daripada penyemak imbas berikut:

Butang Sosial

Widget

Teknologi pengiklanan

Kebanyakan iklan yang anda lihat di tapak web dan aplikasi Yahoo disediakan oleh Yahoo. Walau bagaimanapun, kami turut membenarkan syarikat tertentu menyediakan iklan dan mengumpulkan maklumat dalam laman web serta aplikasi mudah alih kami. Kebiasaannya, syarikat ini merupakan pelayan iklan pihak ketiga, agensi iklan, vendor teknologi dan pembekal kandungan tajaan serta firma penyelidikan.

Syarikat ini mungkin menyertakan suar web atau SDK dalam tapak dan aplikasi Yahoo untuk menyediakan pengauditan, penyelidkan dan pelaporan untuk pengiklan. Disebabkan penyemak imbas anda mesti meminta iklan dan suar web ini daripada pelayan pihak ketiga, syarikat ini dapat melihat, mengedit atau menetapkan kuki mereka sendiri dan mengumpulkan alamat IP, maklumat pengepala halaman dan maklumat penyemak imbas seperti anda telah meminta laman web daripada tapak web mereka secara langsung. Syarikat ini mungkin turut menggunakan kuki, SDK dan suar web ini untuk mengumpulkan maklumat di Yahoo untuk menyediakan iklan yang disesuaikan kepada anda di tapak web Yahoo dan bukan Yahoo.Dalam sesetengah situasi, Yahoo boleh berinteraksi dengan syarikat-syarikat ini di luar pelayar anda, secara terus antara pelayan web kami.

Seperti yang diterangkan dengan lebih lanjut dalam Pusat Privasi kami, Yahoo mungkin menyesuaikan sesetengah iklan kepada pengguna yang sepadan dengan kategori minat – contohnya, “lelaki berminat dalam sukan“. Yahoo tidak memberikan sebarang maklumat yang dapat mengenal pasti diri, seperti nama penuh atau tarikh lahir, kepada pengiklan apabila anda berinteraksi atau melihat iklan yang disesuaikan. Walau bagaimanapun, kami mungkin berkongsi maklumat memakai nama samaran – termasuk data demografi – dengan pengiklan.  Di samping itu, apabila anda melihat atau berinteraksi dengan iklan, wujud kemungkinan bahawa pengiklan akan membuat tanggapan bahawa anda layak untuk kategori minat yang digunakan untuk memilih iklan. Pihak ketiga berikut menawarkan maklumat tentang amalan pengumpulan data mereka dan dalam sesetengah keadaan, pilihan tarik diri, di tapak web masing-masing. Sila lawati dasar privasi setiap syarikat untuk memahami dengan lebih lanjut tentang kawalan yang tersedia kepada anda.

Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang syarikat penyediaan iklan dan menarik diri daripada setiap satunya di tapak web Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (NAI), Perikatan Pengiklanan Digital (AS) atau Perikatan Pengiklanan Digital Eropah (EU).

Pembekal kandungan

Yahoo bekerjasama dengan pelbagai pembekal kandungan seperti disenaraikan di bawah, yang membekalkan kandungan kepada anda di tapak, aplikasi dan perkhidmatan kami. Pembekal kandungan ini mungkin dalam bentuk perkhidmatan seperti menyediakan peta kepada anda daripada satu rakan kongsi dan berita daripada rakan kongsi yang lain. Disebabkan penyemak imbas web anda mesti meminta kandungan daripada pelayan pembekal kandungan, pembekal ini dapat melihat, mengedit atau menetapkan kuki mereka sendiri dan mengumpulkan alamat IP, maklumat pengepala halaman, maklumat penyemak imbas dan maklumat yang tidak mengenal pasti diri seperti anda telah melawati tapak web mereka secara langsung. Secara yang serupa, sesetengah rakan kongsi ini mungkin telah memberikan SDK mudah alih yang dibenamkan dalam aplikasi mudah alih kami dan membenarkan mereka mengumpulkan maklumat yang tidak mengenal pasti diri seolah-olah anda telah berinteraksi dengan aplikasi mudah alih mereka secara langsung.

Pembekal kandungan Video

Yahoo berusaha menyampaikan kandungan video menarik yang dibangunkan atau dihoskan oleh Yahoo, seperti Community atau Saturday Night Live, dan dalam masa yang sama turut bekerjasama dengan sesetengah pembekal kandungan video untuk menyampaikan kandungan video menarik. Pembekal ini dapat melihat, mengedit atau menetapkan kuki mereka sendiri dan mengumpulkan alamat IP anda, maklumat pengepala halaman, maklumat penyemak imbas, versi flash player, kelajuan Internet, bahagian video yang ditonton dan maklumat lain yang tidak mengenal pasti diri. Secara yang serupa, sesetengah rakan kongsi ini mungkin telah memberikan SDK mudah alih yang dibenamkan dalam aplikasi mudah alih kami dan membenarkan mereka mengumpulkan maklumat yang tidak mengenal pasti diri seolah-olah anda telah berinteraksi dengan aplikasi mudah alih mereka secara langsung:

Pembangun permainan

Yahoo Games mengehos permainan yang dibuat oleh penaja dan pembangun untuk membawakan anda permainan yang menarik dan menyeronokkan. Sesetengah permainan mungkin mempunyai terma dan syarat tambahan dan dasar privasi yang dikaitkan dengan permainan tersebut. Disebabkan penyemak imbas web anda mesti meminta kandungan daripada pelayan pembekal kandungan, pembekal ini dapat melihat, mengedit atau menetapkan kuki mereka sendiri dan mengumpulkan alamat IP, maklumat pengepala halaman, maklumat penyemak imbas, versi flash player, kelajuan Internet dan maklumat lain yang tidak mengenal pasti diri. Selain itu, Pembangun Permainan boleh merekodkan skor permainan, nama permainan yang dimasukkan, tetapan pengguna atau tindakan main permainan yang lain, yang mungkin dikawal oleh terma perkhidmatan tambahan permainan:

Rakan kongsi carian

Rakan kongsi pihak ketiga di bawah mungkin menyediakan carian dan hasil pengiklanan carian untukYahoo. Pengiklanan carian termasuk carian berbayar dan/atau hasil carian kontekstual. Lebih daripada satu rakan kongsi carian mungkin digunakan pada masa yang sama dan boleh berubah berdasarkan faktor seperti jenis pengalaman dalam talian, jenis peranti yang digunakan dan negara carian itu dilaksanakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengumpulan data setiap rakan kongsi carian dan amalan penggunaan serta alatan dan kawalan yang tersedia kepada anda, sila lawati setiap dasar privasi setiap rakan kongsi carian:

Perkongsian lain

Yahoo bekerjasama dengan syarikat yang mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan kepada anda berdasarkan kandungan halaman semasa atau kriteria lain. Rakan kongsi ini mungkin dalam bentuk bar "Get the Look" pada gambar selebriti atau bar sisi dengan produk semasa. Disebabkan penyemak imbas web anda mesti meminta kandungan daripada pelayan rakan kongsi, pembekal ini dapat melihat, mengedit atau menetapkan kuki mereka sendiri dan mengumpulkan alamat IP anda, maklumat pengepala halaman, maklumat penyemak imbas dan maklumat lain yang tidak mengenal pasti diri.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang cara Yahoo mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawati Dasar Privasi kami.

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo

Dasar Privasi Yahoo
Kami menyediakan pautan rujukan terperinci yang memerihalkan amalan privasi kami bagi pilihan luas produk dan perkhidmatan Yahoo. Temuinya di sini.

Yahoo Soalan Lazim Pilih Keluar

  • oath