Yahoo Search

Yahoo Search membantu anda mencari apa yang anda inginkan di Web. Anda tidak perlu menjadi pengguna berdaftar Yahoo untuk mencari laman web menggunakan Yahoo Search.

Pengumpulan Maklumat dan Amalan Penggunaan

Bing

  • Yahoo telah menyepadukan perkhidmatan carian dan carian ditajanya dengan Microsoft.
  • Sebagai sebahagian daripada penyepaduan ini, Yahoo berkongsi dengan Microsoft pertanyaan carian anda, alamat IP, maklumat tanpa nama dari penyemak imbas web anda (seperti pengenal pasti unik untuk penyemak imbas web anda) dan data tanpa nama lain (seperti demografi termasuk jantina dan umur dalam tahun-tahun penuh).
    • Microsoft menggunakan maklumat ini, termasuk klik hasil carian anda, untuk peningkatan produk carian, kajian dan analisis, untuk menyediakan hasil carian yang lebih relevan dan pengiklanan carian dan untuk membantu mengesan dan melindungi daripada aktiviti penipuan pada hasil carian ditaja.
  • Yahoo memformat hasil yang disediakan oleh perkhidmatan carian Bing daripada Microsoft untuk menyediakan pengalaman carian dipertingkatkan untuk anda.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengumpulan data dan amalan penggunaan Bing, sila baca Dasar Privasi Bing.

Carian

  • Apabila pengunjung melakukan carian pada laman yang menggunakan Teknologi Carian Yahoo (Yahoo Search Technology, YST), Yahoo mengumpulkan maklumat daripada pengalaman tersebut dalam cara yang sama seperti jika carian tersebut dilakukan terus pada Yahoo.
  • Bantuan Carian membantu anda mencari apa yang anda inginkan. Sambil anda menaip, Bantuan Carian menawarkan istilah dan frasa carian popular secara automatik dalam masa nyata. Selepas anda mencari, ia mencadangkan istilah carian tambahan untuk dicuba dan juga topik baru untuk dipertimbangkan. Bantuan Carian mengasaskan cadangan pada carian teragregat bagi semua pengguna dan tidak mengasaskan cadangan pada sejarah carian individu anda.
  • Beberapa pengiklanan yang anda terima mungkin diperibadikan berdasarkan carian anda pada Yahoo.
  • Yahoo Search menggunakan algoritma pengecaman imej untuk mengenal pasti tokoh masyarakat, pemandangan, tindakan atau objek bagi menjadikannya lebih mudah untuk mencari imej.

Hasil Carian Ditaja

  • Hasil Ditaja terdiri daripada laman yang telah membayar untuk penempatan dalam hasil carian.
  • Hasil Ditaja yang dipaparkan kepada anda seringkali adalah berkaitan dengan istilah carian yang anda masukkan.
  • Senarai Carian Ditaja dikuasakan oleh Bing (diuruskan oleh Microsoft adCenter) atau oleh Yahoo Search Marketing.
  • Hasil Ditaja mungkin mengandungi URL penjejakan yang disediakan oleh Yahoo Search Marketing dan/atau Bing adCenter untuk mengenalpasti klik dari halaman hasil carian.

Amalan Berkenaan Keupayaan Anda untuk Mengemaskini atau Memadamkan Maklumat

Carian

  • Klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai pengeluaran laman web atau halaman web daripada enjin carian anda.

Lain-lain

Halaman ini menerangkan amalan semasa Yahoo dengan perkhidmatan khusus ini. Maklumat ini mungkin berubah apabila Yahoo mengubah perkhidmatan ini dengan menambah atau mengeluarkan ciri atau menggunakan pembekal khidmat lain. Untuk mengetahui bagaimana Yahoo mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawati Dasar Privasi kami.

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo

Dasar Privasi Yahoo
Kami menyediakan pautan rujukan terperinci yang memerihalkan amalan privasi kami bagi pilihan luas produk dan perkhidmatan Yahoo. Temuinya di sini.

Yahoo Soalan Lazim Pilih Keluar