Yahoo News

Yahoo News adalah perkhidmatan percuma yang menyediakan untuk anda berita yang komprehensif dan terkini di Web. Anda tidak perlu menjadi pengguna berdaftar Yahoo untuk mengakses perkhidmatan ini.

Pengumpulan Maklumat dan Amalan Penggunaan

  • Hantar E-mel kepada Rakan
    • Anda boleh menghantari rakan anda e-mel kisah berita dengan mengklik pautan "E-mel kisah ini" di bahagian bawah artikel berita. Untuk menggunakan ciri "E-mel suatu kisah", anda hendaklah memasukkan nama dan alamat e-mel anda dan nama dan alamat e-mel penerima.
    • Anda mempunyai pilihan untuk memasukkan pesanan peribadi yang mungkin termasuk maklumat yang dapat mengecam diri.
    • Nama dan alamat e-mel anda akan dapat dilihat oleh penerima kisah berita.
    • Yahoo tidak akan menggunakan nama dan alamat e-mel daripada perkhidmatan ini untuk sebarang tujuan pemasaran.
  • Borang Maklum Balas
    • Anda juga boleh menghantar maklum balas kepada Yahoo News dengan menggunakan Borang Penyerahan Sumber Berita Yahoo News. Borang ini meminta anda memberikan nama dan alamat e-mel anda kepada kami sekiranya anda mahukan kami menghubungi anda.
    • Maklumat ini tidak wajib dan akan digunakan untuk menghubungi anda mengenai maklum balas yang telah anda beri kepada kami.

Aktiviti Yahoo News

  • Aktiviti Yahoo News membolehkan anda secara automatik berkongsi artikel Yahoo News yang anda lihat dengan rakan anda dan dengan mudah menemui artikel yang menarik hati mereka.
    • Apabila anda memilih untuk menerima Aktiviti Yahoo News, Yahoo akan secara automatik berkongsi pautan artikel Yahoo News yang anda lihat dengan rakan anda di Facebook dan juga rakan Facebook anda di Yahoo News.
    • Anda boleh mematikan perkongsian automatik dengan mengklik “Sosial” pada Menu tarik turun “Anda di Yahoo News” pada halaman Yahoo News. Anda juga boleh mengalih keluar satu-satu artikel yang telah anda kongsi dengan mengklik menu tarik turun “Aktiviti Anda” pada “Anda di Yahoo News”.
    • Sila baca Soalan Lazim kami untuk mengetahui lebih lanjut atau lawati Bantuan Aktiviti Yahoo News jika anda mempunyai lebih banyak soalan.

Lain-Lain

Halaman ini menerangkan amalan semasa Yahoo berhubungan dengan perkhidmatan khusus ini. Maklumat ini mungkin bertukar apabila Yahoo menyemak semula perkhidmatan ini dengan menambah atau mengeluarkan ciri-ciri atau menggunakan pembekal khidmat berlainan. Untuk mengetahui bagaimana Yahoo mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawati Dasar Privasi kami.

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo

Dasar Privasi Yahoo
Kami menyediakan pautan rujukan terperinci yang memerihalkan amalan privasi kami bagi pilihan luas produk dan perkhidmatan Yahoo. Temuinya di sini.

Yahoo Soalan Lazim Pilih Keluar