Yahoo Messenger

Modul ini memperincikan amalan privasi kami untuk versi Yahoo Messenger yang dikeluarkan pada atau selepas 3 Disember 2015. Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang cara Yahoo mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawati Dasar Privasi kami.

Perhatian:Versi Yahoo Messenger yang dikeluarkan sebelum 3 Disember 2015 tidak lagi disokong, namun anda boleh menyemak modul privasi di sini. Sila naik taraf kepada Yahoo Messenger yang baharu.

Amalan Pengumpulan & Penggunaan Maklumat

  • Kami mengumpulkan maklumat tentang anda apabila anda menggunakan Yahoo Messenger. Kami mengumpulkan maklumat daripada anda secara langsung, seperti nombor telefon, alamat e-mel, foto dan, dengan kebenaran anda, kenalan peranti anda. Kami turut mengumpulkan maklumat daripada anda secara automatik apabila anda menggunakan Yahoo Messenger, seperti alamat IP, lokasi, analisis tentang penggunaan aplikasi, ID dan jenis peranti serta pembawa mudah alih anda.
  • Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, berkomunikasi dengan anda dan mengendalikan serta meningkatkan produk kami. Contohnya, kami menggunakan maklumat anda untuk membuat akaun anda dan membolehkan anda mencari, berhubung serta berkomunikasi dengan pengguna Yahoo Messenger yang lain (dan begitu juga sebaliknya).
  • Apabila menggunakan Yahoo Messenger, kandungan komunikasi anda disimpan pada pelayan kami dan boleh anda cari melalui platform kami.
  • Anda boleh mengosongkan perbualan dan/atau kandungan komunikasi yang dinyahhantar, namun kami mungkin menyimpan salinan dan log untuk sementara waktu bagi tujuan audit dan rekod.
    • Jangan lupa: Pengguna yang berkomunikasi dengan anda mungkin memilih untuk menyimpan perbualan dan foto anda meskipun anda telah menyahhantarnya.
  • Sistem automatik Yahoo menganalisis semua kandungan komunikasi (seperti kandungan Mel dan Messenger termasuk pesanan segera dan pesanan SMS), tanpa had, untuk menyediakan ciri dan kandungan produk yang berkaitan secara peribadi, untuk memadankan dan menyediakan pengiklanan bersasaran dan untuk pengesanan spam dan perisian hasad serta perlindungan salah guna. Analisis ini berlaku pada semua kandungan komunikasi apabila kandungan itu dihantar, diterima dan disimpan, termasuk kandungan komunikasi daripada perkhidmatan yang disegerakkan dengan akaun Yahoo anda. Bagi kes penggunaan tertentu, Yahoo menjalankan algoritma automatik pada komunikasi komersial untuk mencipta templat generik bagi dokumen sedemikian (cth., menggunakan bahasa biasa untuk mengenal pasti elemen resit sistem penerbangan). Templat ini tidak termasuk data peribadi penerima. Editor templat Yahoo boleh menyemak semula templat untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan pemperibadian pengalaman anda.
    • Sila baca Soalan Lazim kami untuk mengetahui lebih lanjut.
    • Maklumat ini mungkin turut digunakan untuk pengiklanan berdasarkan minat. Anda boleh memilih untuk keluar daripada pengimbasan automatik Yahoo untuk tujuan komersial, serta pengiklanan berdasarkan minat kami, melalui Pengurus Minat Iklan kami.

Amalan Perkongsian & Pendedahan Maklumat

  • Apabila anda berkomunikasi menggunakan Yahoo Messenger, kami memudahkan komunikasi perkongsian dengan rakan anda.
  • Untuk lebih memudahkan anda mencari dan berkomunikasi dengan pengguna Yahoo Messenger yang lain, kami mungkin menyegerakkan data daripada peranti anda, dengan persetujuan anda. Kami melakukan perkara ini untuk membantu anda memanfaatkan perkhidmatan Yahoo sepenuhnya dan mempertingkat pengalaman dalam talian anda, contohnya untuk membantu mengurus kenalan anda secara perseorangan atau dalam kumpulan, menyahduplikasikan kenalan atau mencadangkan kenalan pada pesanan.
  • Pengguna lain yang mempunyai nombor telefon atau alamat e-mel anda yang disimpan sebagai kenalan pada peranti mereka akan dapat menemui anda pada Yahoo Messenger dan melihat nama serta foto Messenger anda.
  • Anda boleh menjemput rakan untuk menyertai Yahoo Messenger serta perbualan 1 dengan 1 dan perbualan kumpulan. Jemputan boleh termasuk kandungan pesanan, termasuk nama dan foto anda.

Lain-lain

  • Sesetengah ciri yang tersedia pada Yahoo Messenger yang baharu, seperti ciri “suka” dan nyahhantar, mungkin tidak berfungsi apabila berkomunikasi dengan rakan menggunakan versi Yahoo Messenger yang tidak disokong. Sila semak halaman Bantuan berhubung saling kendali dan nyahhantar untuk mengetahui lebih lanjut.
  • Sila lihat halaman Bantuan Yahoo Messenger jika anda mempunyai soalan tambahan tentang produk ini.