Soalan Lazim Yahoo Mail

  1. Apa yang baharu dalam Yahoo Mail?

    Dengan Yahoo Mail, e-mel anda akan lebih pantas, lebih selamat dan lebih mudah digunakan dalam apa jua cara. Ciri baharu akan merangkumi: perlindungan daripada spam dan perisian hasad yang lebih baik, paparan foto dan video dalam baris, maklumat dan interaktiviti segera dalam mesej e-mel, iklan yang lebih berkaitan, kefungsian carian baharu dan banyak lagi yang bakal diadakan. Juga, pengalaman ini akan dijalankan secara selanjar pada desktop, mudah alih dan peranti tablet anda dan juga ciri SMS dan IM dipertingkatkan.

  2. Apakah “iklan berkaitan” yang berkaitan dengan Yahoo Mail yang baharu?

    Kami percaya bahawa iklan kami boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman yang menarik lagi mengasyikkan dan kami memperkasa anda untuk membentuk iklan yang dilihat supaya lebih berkaitan. Untuk menjadikan iklan kami lebih berkaitan dan berguna kepada anda, kami membuat tekaan berdasarkan pengetahuan tentang minat anda daripada aktiviti anda di tapak dan perkhidmatan Yahoo serta menyediakan iklan yang berkaitan dari segi konteks dengan halaman yang memaparkan iklan itu. Sistem automatik Yahoo menganalisis semua kandungan komunikasi (seperti kandungan Mel dan Messenger, termasuk pesanan segera dan pesanan SMS) untuk mengesan, antara lainnya, perkataan dan frasa tertentu (kami menggelarnya “kata kunci”) dalam komunikasi ini. Analisis ini berlaku pada semua kandungan komunikasi apabila kandungan itu dihantar, diterima dan disimpan, termasuk kandungan komunikasi daripada perkhidmatan yang disegerakkan dengan akaun Yahoo anda. Ini mungkin menyebabkan iklan dipaparkan kepada anda dalam Mel bagi produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Selain itu, kata kunci ini mungkin menyumbang kepada kategori minat yang kami berikan pada penyemak imbas anda untuk iklan berdasarkan minat yang kami tunjukkan di seluruh Rangkaian Iklan Yahoo.

  3. Bagaimana analisis mesej Yahoo Mail berfungsi?

    Sistem automatik Yahoo menganalisis semua kandungan komunikasi (seperti kandungan Mel dan Messenger termasuk pesanan segera dan pesanan SMS), dan semua foto dan kandungan lain yang dimuat naik ke akaun anda, tanpa had, menyediakan ciri dan kandungan produk yang berkaitan secara peribadi, untuk memadankan dan menyediakan pengiklanan bersasaran dan untuk pengesanan spam dan perisian hasad serta perlindungan salah guna. Analisis ini berlaku pada semua kandungan komunikasi apabila kandungan itu dihantar, diterima dan disimpan, termasuk kandungan komunikasi daripada perkhidmatan yang disegerakkan dengan akaun Yahoo anda. Bagi kes penggunaan tertentu, Yahoo menjalankan algoritma automatik pada komunikasi komersial untuk mencipta templat generik bagi dokumen sedemikian (cth., menggunakan bahasa biasa untuk mengenal pasti elemen resit syarikat penerbangan). Templat ini tidak termasuk data peribadi penerima. Editor templat Yahoo boleh menyemak semula templat untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan pemperibadian pengalaman anda. Semakan semula templat hanya terpakai jika anda menggunakan Perkhidmatan U.S.

  4. Berikut adalah ciri baharu dalam Yahoo Mail yang berkaitan dengan Yahoo Messenger?

    Kami memahami keperluan untuk sentiasa berhubung, anda sering beralih peranti serta perantara komunikasi. Dengan mempertimbangkan perkara itu, Yahoo Mail dan Yahoo Messenger versi 11 yang baharu (untuk mendapatkan versi anda, sila ke Help -> About) berfungsi bersama-sama dan lebih baik daripada sebelumnya. Yahoo Mail dan Yahoo Messenger kini berkongsi platform carian yang sama. Ini bermakna bahawa anda kini boleh mengarkibkan mesej segera Yahoo serta mesej mel anda pada pelayan Yahoo dan mencarinya bersama-sama (termasuk Voice Mail, SMS dan banyak lagi) dari pelbagai peranti dan sistem perkomputeran.

  5. Bolehkah saya gunakan Yahoo Mail dan masih memilih agar tak menyertai pengiklanan berasaskan minat?

    Ya. Yahoo Mel menghormati pilihan anda untuk tidak mengikut serta iklan berdasarkan minat. Jangan lupa, pilihan untuk tidak mengikut serta turut digunakan pada produk tertentu lain yang kami tawarkan, termasuk penganalisaan kandungan komunikasi untuk tujuan pengiklanan, penerimaan kandungan berasaskan minat dan penerimaan data daripada tapak rakan kongsi bagi produk analitis kami. Bergantung pada tempat, anda boleh menggunakan pilihan ini di sini atau mendapatkannya melalui pautan dalam Yahoo Mel, serta pautan pengaki dan ikon yang tersedia di seluruh Yahoo.

  6. Apakah yang dilakukan oleh Mobile Uploader?

    Jika anda menghidupkan ciri Mobile Uploader, foto dan video daripada gulungan kamera peranti mudah alih anda akan dimuat naik ke Yahoo Mail secara automatik. Foto dan video ini akan disimpan sebagai peribadi di Yahoo Mail sehingga anda memilih untuk berkongsikannya. Anda boleh mematikan ciri Uploader pada bila-bila masa dalam tetapan aplikasi anda. Ciri Mobile Uploader boleh mengumpul maklumat mengenai foto dan video yang dimuat naik ke Yahoo Mail, termasuk data EXIF. Data Format Fail Imej Boleh Tukar (“EXIF”) merupakan rekod tetapan dan metadata berkaitan lain yang disisipkan oleh kamera digital apabila anda mengambil foto atau merakamkan video, seperti jenis kamera, bukaan, kelajuan pengatup, jarak fokus dan lokasi, di samping maklumat lain. Yahoo Mail menerima dan menyimpan data EXIF kecuali anda mematikan data EXIF pada kamera atau peranti anda, atau mengalihnya keluar daripada gambar sebelum memuat naik. Sesetengah kamera boleh menyimpan koordinat GPS (lokasi) dalam pengepala EXIF foto.

English Version

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo

Dasar Privasi Yahoo
Kami menyediakan pautan rujukan terperinci yang memerihalkan amalan privasi kami bagi pilihan luas produk dan perkhidmatan Yahoo. Temuinya di sini.

Yahoo Soalan Lazim Pilih Keluar

  • oath