Flickr

Flickr adalah sebuah komuniti perkongsian foto yang menyediakan anda dengan cara yang mudah untuk menyimpan dan berkongsi foto dalam talian dan menambah metadata bermakna dan komen kepada gambar. Anda tidak perlu berdaftar untuk mencari atau melihat foto awam di Flickr, walau bagaimanapun, anda perlu menjadi ahli berdaftar Flickr atau Yahoo untuk mengepos.

Maklumat Akaun

  • dalam Profil Privasi, anda boleh mengawal siapa yang boleh melihat bahagian-bahagian yang berlainan pada profil anda, termasuk alamat e-mel, nama IM, nama sebenar, dan bandar semasa.
  • dalam Tetapan Akaun anda, anda juga boleh menyembunyikan gambar atau profil anda daripada carian di flickr.com serta dari carian di laman-laman web pihak ke 3 yang menggunakan API Yahoo, termasuk Carian Imej Yahoo.

Amalan Pengumpulan Maklumat dan Penggunaan

  • Dalam Tetapan Privasi anda, anda boleh memilih untuk membuat tetapan lalai gambar anda terbuka kepada orang ramai untuk sesiapa sahaja mengakses, menghadkan akses hanya kepada bilangan pengguna Flickr lain yang terhad, atau menyimpan gambar peribadi supaya hanya anda boleh mengaksesnya. Pada halaman setiap foto, anda juga akan mendapati lebih banyak kawalan berbutir untuk menukar setiap tetapan gambar.
  • Iklan yang ditunjukkan kepada anda mungkin berkaitan dengan maklumat teks, seperti metadata dan nota, yang dikaitkan dengan gambar yang anda lihat, atau istilah carian yang anda masukkan.

Maklumat Lokasi dan Perkongsian

  • Apabila anda memuat naik gambar dengan data geografi (contohnya dari peranti mudah alih) atau anda geotag gambar anda secara manual, lokasi gambar boleh ditunjukkan pada map.
  • Anda juga boleh menetapkan pilihangeo untuk menentukan siapa yang boleh melihat lokasi gambar anda secara lalai. Selanjutnya, anda boleh menukar pilihangeo tetapan pada gambar individu dengan mengklik pada sebelah kanan peta untuk setiap foto.

    Data EXIF
    • o Anda boleh memilih untuk menyembunyikan pautan yang menunjukkan data EXIF tentang gambar atau video yang anda muat naik. Pautan, jika berkenaan, menunjukkan semua muka surat foto individu anda, dan memaparkan buatan & model kamera yang digunakan untuk mengambil gambar Melainkan jika anda mematikan data EXIF pada kamera atau peranti anda atau mengeluarkannya dari gambar sebelum muat naik ke Flickr, Flickr menerima dan menyimpan data EXIF, tetapi tidak akan memaparkan maklumat berkenaan jika ianya disembunyikan.
    • Sesetengah kamera boleh menyimpan koordinat GPS (lokasi) dalam header gambar EXIF. Jika anda suka, Flickr anda boleh mengimport data dan menggunakannya untuk meletakkan gambar anda pada peta anda secara automatik.
    Pagargeo
    • Pagargeo adalah hotspot di atas peta yang mempunyai tetapan lalai privasi khas geo. Ini berguna untuk lokasi seperti "rumah" atau "sekolah" yang anda ingin membuatkannya lebih peribadi daripada tetapan lalai global anda. klik here untuk mencipta pagargeo anda.

Perkongsian Maklumat dan Amalan Pendedahan

  • Dalam Tetapan Privasi anda, anda boleh memilih untuk membuat tetapan lalai gambar anda terbuka kepada orang ramai untuk sesiapa sahaja untuk mengakses, menghadkan akses hanya kepada bilangan pengguna Flickr lain yang terhad, atau menyimpan gambar peribadi supaya hanya anda boleh mengaksesnya. Pada halaman setiap foto, anda juga akan mendapati lebih banyak kawalan berbutir untuk menukar setiap tetapan gambar.
  • anda boleh menghubungkan akaun anda ke Facebook, Twitter, Tumblr, atau laman web lain untuk menghubungkan gambar anda terus ke laman perkongsian sosial lain dan blog.
    • Sejarah Pas Tetamu anda membolehkan anda untuk menguruskan Pas tetamu yang anda telah cipta untuk berkongsi gambar anda dengan orang lain.
  • Pada pengalaman komputer meja Flickr, anda boleh memberi aplikasi Yahoo tertentu (termasuk Aviary, ImageKind, dan Moo) tahap kebenaran yang berbeza untuk berinteraksi dengan akaun anda untuk memanafaatkan perkara-perkara seperti alat penyuntingan foto. Jika anda ingin berhenti menggunakan salah satu daripada aplikasi ini dan membatalkan kebenaran anda, klik pautan "Buang Kebenaran" di bawah “berkongsi dan memanjangkan” pada halaman akaun anda dan hapuskan kebenaran itu.

Amalan Berkenaan Kebebasan Anda untuk Mengemaskinikan atau Menghapuskan Maklumat

  • Anda boleh memadam gambar individu yang anda punyai di Flickr dengan memilih gambar yang anda ingin padam, kemudian klik butang padam. Atau anda boleh memadam kumpulan gambar menggunakan operasi kumpulan
  • Lawatimaklumat akaun Flickr anda untuk mengedit profil anda, tetapan lalai privasi untuk gambar, dan banyak lagi.

Komunikasi

Lain-lain

  • Apabila anda menggunakan Flickr, anda adalah tertakluk kepada Syarat-syarat Perkhidmatan Yahoo , Flickr ATOS, dan [url = http://www.flickr.com/help/guidelines/ ] Garis Panduan Komuniti Flickr[/url].
  • Sila lihat Bantuan Flickr jika anda mempunyai soalan tentang perkhidmatan ini.

Laman ini menerangkan amalan semasa berkenaan perkhidmatan khusus Yahoo ini. Maklumat ini mungkin berubah apabila kami menyemak perkhidmatan ini dengan menambah atau membuang ciri atau dengan menggunakan pembekal perkhidmatan yang berbeza. Untuk mengetahui bagaimana kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila lawati Privacy Policy.

Maklumat lanjut tentang Privasi Yahoo

Dasar Privasi Yahoo
Kami menyediakan pautan rujukan terperinci yang memerihalkan amalan privasi kami bagi pilihan luas produk dan perkhidmatan Yahoo. Temuinya di sini.

Yahoo Soalan Lazim Pilih Keluar

  • oath